PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MENJAMIN KERUKUNAN KONSEP 1MALAYSIA

By: nishashah

Oct 08 2010

Category: Uncategorized

Leave a comment

Setiap rakyat Malaysia pastinya mengetahui bahawa Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi kerajaan. Namun, adakah mereka tahu isi kandungan dalam naskhah tersebut? Lebih buruk lagi mungkin orang ramai tidak menyedari bahawa naskhah Perlembagaan Persekutuan boleh didapati di kedai buku berhampiran dengan harga RM 10 atau lebih sahaja. Semuanya kerana sikap tidak bertanggungjawab masyarakat dan menganggap bahawa hal-hal berkenaan dengan isi kandungan perlembagaan hanyalah tanggungjawab ahli politik dan pengamal undang-undang sahaja. Kesannya, apabila timbul sesuatu isu, mereka seakan menegakkan benang yang basah, memberi pandangan sesuka hati tanpa mengambil kira undang-undang yang mengawalnya.

Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menerangkan tentang hak dan tanggungjawab kita setiap rakyatnya. Ia juga menentukan cara hidup kita dan menjelaskan bagaimana kita diperintah sebenarnya. Perlembagaan Persekutuan amat penting kerana ia bertindak sebagai platform dalam menentukan arah tuju pentadbiran negara. Jika kita sedari, Perlembagaan Persekutuan juga bertindak sebagai pengehad kuasa kerajaan dan memberikan banyak ruang kepada rakyat dalam memberikan pendapat sekaligus mengukuhkan sistem demokrasi negara. Adakah kita sedar semua ini? Pastinya tidak kalau naskhah Perlembagaan Persekutuan pun kita tidak pernah lihat apatah lagi membacanya.

Antara isi kandungan dalam Perlembagaan Persekutuan yang harus kita tahu adalah kita adalah rakyat Malaysia yang diberi hak untuk memilih pemimpin kita. Ia juga menyatakan bahawa kita mempunyai Parlimen yang dipertanggungjawabkan untuk menggubal undang-undang dan juga mahkamah dalam memberi keadilan kepada setiap indivdu. Apa yang paling penting adalah perlembagaan telah memberi jaminan terhadap hak asasi setiap rakyatnya. Kita mungkin menyedari tentang perkara ini namun adakah kita sedar bahawa semua perkara tersebut terkandung di dalam perlembagaan dan tiada sesiapa pun yang dapat menafikannya?

Walau bagaimanapun terdapat kekangan bagi naskhah Perlembagaan Persekutuan ini dalam menarik minat masyarakat untuk mendapatkannya. Penggunaan ayat yang tersirat dan berlapis-lapis menyebabkan teks undang-undang ini tidak mudah untuk difahami oleh orang awam. Hal ini jelas menunjukkan mengapa naskhah perlembagaan tidak menjadi dokumen penting pembacaan orang ramai dan hanya menjadi rujukan kepada pengamal undang-undang dan segelintir orang yang berminat sahaja.

Jadi sebagai salah satu usaha dalam memberi kefahaman secara menyeluruh tentang konsep 1Malaysia, kerajaan seharusnya mengambil langkah yang konsisten agar dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap naskhah perlembagaan ini. Kerajaan juga boleh melancarkan kempen agar setiap individu dapat memiliki, membaca dan memahami isi kandungan Perlembagaan Persekutuan. Maka dengan ini rakyat tidak akan menyalahtafsirkan konsep 1Malaysia jika mereka sentiasa mengaitkannya dengan undang-undang yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kita seharusnya merasa malu seandainya mengaku warganegara Malaysia tetapi tidak pernah mengetahui tentang asas pentadbiran negara yang menjadi tanah tumpah darah. Apabila kita tidak mempunyai asas pengetahuan yang kukuh tentang undang-undang tertinggi negara ini maka mudahlah kita untuk ditakluki. Kita akan dengan mudah mempercayai khabar angin dan tidak berasa terancam walaupun sedang digugat. Namun jika kita mempunyai pemahaman yang mendalam terhadap hak dan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia maka segala persengketaan akan dapat dielakkan dan sekaligus dapat mengukuhkan perpaduan antara sesama ahli masyarakat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: