Menangani Jenayah Sosial Remaja

By: nishashah

Oct 08 2010

Category: Uncategorized

Leave a comment

Pada awal tahun yang lalu, negara telah dikejutkan dengan berita kes keruntuhan moral remaja. Jenayah membuang bayi amat berleluasa sehinggakan kita seperti hidup di zaman jahiliah moden. Jika pada zaman jahiliah dahulu, bayi-bayi perempuan ditanam hidup-hidup namun kini bayi-bayi yang tidak berdosa tidak kira jantina telah dibuang dan dibakar tanpa ada rasa belas kasihan. Semuanya adalah demi menutup rasa malu akibat keterlanjuran dilakukan oleh ibubapanya.

Apabila timbul sahaja isu ini, banyak pihak telah memberikan pandapat dan pandangan masing-masing. Ada yang memberikan pendapat supaya pesalah kepada kes buang bayi ini dijatuhi hukuman mati kerana membuang bayi dapat disabitkan kesalahan sebagai cubaan membunuh. Ada juga pendapat yang lebih agresif iaitu supaya mengenakan hukuman mandul atau ‘kasi’ kepada bapa bayi yang dibuang dan sebagainya. Kita sering mendengar slogan, ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Namun, pendapat dan pandangan ini sebenarnya adalah seakan “mengubati” kepada penyakit yang sedang dialami oleh golongan muda kini. Jadi di manakah langkah pencegahannya agar masalah ini tidak akan berlarutan dan dapat diselesaikan?

“Masalah” yang lahir pada hari ini sebenarnya telah wujud sembilan bulan dahulu. Darah muda yang bergelora seakan mengiyakan remaja untuk mencuba sesuatu yang baru. Memanglah pada mulanya semua perkara dilihat seronok namun jika difikirkan kesan untuk masa panjang pastinya ia akan mula menjadi mimpi ngeri yang sukar untuk dilupakan. Pada mulanya pasangan hanya berpegangan tangan tetapi selepas itu akan bermulalah “drama” yang tidak senonoh.

Apabila seorang remaja yang mengaku bersalah kerana membuang bayinya hanya di penjara selama dua tahun, maka di manakah rasionalnya di sini? Adakah hukuman penjara dua tahun itu mampu memberi pengajaran kepada masyarakat terhadap jenayah buang bayi ini? Pastinya masih ramai di luar sana yang sedang menunggu masa untuk terus bertindak diluar perikemanusiaan demi melepaskan bebanan malu yang dipikul. Adakah mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah ini dengan hukuman sedemikian rupa? Sedangkan jenayah dadah yang membawa hukuman gantung sampai mati itupun masih ramai yang menghalalkannya apatah lagi dengan hukuman seringan ini. Marilah kita sama-sama berfikir.

Pelbagai pihak perlu sedar bahawa remaja kini merupakan golongan generasi X iaitu lebih terdedah kepada sumber dari teknologi maklumat. Jika pengajaran sex diajar di sekolah bagi memastikan mereka memahami tujuan sex yang sebenar, maka selepas tamat sesi persekolahan mereka mungkin akan kafe siber bagi mendapatkan lebih maklumat tentangnya. Melihat pada gambar dan video lucah membuatkan mereka merasa teruja untuk melakukannya. Selagi mana laman web pornografi tidak disekat masuk ke negara ini, selagi itulah masalah ini tidak dapat dibendung.

Daripada kita bersusah payah memikirkan corak untuk pengajaran sex di sekolah, adalah lebih baik, kita berusaha untuk memantapkan bidang pengajaran agama. Ini kerana tidak ada lain yang lebih utama dalam membentuk sifat diri seseorang individu kecuali kemantapan iman dan taqwanya kepada Allah. Jika kita lihat kini, para pelajar belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan. Mereka tidak memasang niat belajar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan menjadikan diri mereka lebih baik dari yang sebelumnya. Jadi bagaimanakah mereka hendak mempraktikkan ilmu yang diperolehi di sekolah kalau mereka belajar tidak sepenuh hati?

Selain itu, ibubapa juga memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk sahsiah diri pelajar. Anak-anak dihantar belajar ke sekolah agama tetapi ibu mereka sendiri tidak memakai tudung dan ayahnya tidak pernah solat. Jadi bagaimana anak-anak ini dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari sewaktu di sekolah jika mereka tidak mempunyai contoh teladan yang baik di rumah. Bagaimana anak-anak dapat menutup aurat dan solat sedangkan ibubapa mereka sendiri mengabaikan tuntutan agama yang paling penting itu? Seharusnya ibubapa menjadi contoh ikutan buat anak-anak mereka. Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Begitu juga la dalam memberi pengajaran kepada anak-anak. Jadi sebelum memaksa anak-anak berkelakuan baik maka ibubapanya terlebih dahulu perlu berubah menjadi yang terbaik.

Jadi sebelum sesuatu tindakan diambil adalah lebih baik untuk melihatnya dari sudut pandangan golongan remaja. Mungkin bagi pihak kerajaan tindakan tersebut dapat memberi kesedaran kepada golongan remaja tetapi sebenarnya tidak. Jadi adalah penting untuk meneliti sesuatu perkara itu dari pelbagai sudut agar segala kemungkinan yang bakal timbul dapat diketahui dan diatasi dengan segera.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: