KOPITIAM TAK HALAL…

By: nishashah

Oct 08 2010

Category: Uncategorized

Leave a comment

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah bertindak membuat serbuan ke atas beberapa kopitiam di sekitar Kuala Lumpur dan mendapati bahawa ia tidak mempunyai sijil penyediaan makanan halal yang sah. Hal ini kerana sijil halal yang ada diperolehi daripada sebuah syarikat swasta dan bukannya daripada JAKIM sendiri. Perkara ini ternyata memberi kesan negatif dan jelas mempamerkan bahawa kopitiam berkenaan tidak mengamalkan cara penyediaan Islam.

Cara penyediaan makanan Islam bukanlah semata-mata makanan tersebut disediakan oleh tukang masak yang beragama Islam sahaja tetapi juga tempat penyediaan dan simpanan makanan tersebut sama ada bercampur atau tidak dengan makanan yang tidak halal. Daging yang disajikan perlulah diperolehi daripada pembekal yang beragama Islam dan mengamalkan cara penyembelihan Islam. Kebanyakan pemilik restauran tidak menitikberatkan soal ini terutamanya yang bukan beragama Islam. Kita tidak dapat menyalahkan pemilik yang bukan beragama Islam kerana mereka sememang tidak mengetahui tentang sudut halal haram dalam Islam. Namun bagaimana pula dengan pemilik yang beragama Islam tetapi tidak mengambil berat soal hukum-hakam ini? Mereka bagaikan memandang sepi tentang perkara ini dan hanya memikirkan soal keuntungan sahaja. Oleh itu, apabila mereka menggantungkan logo “Ditanggung Halal”, maka siapakah yang patut dipertanggungjawabkan atas makanan yang disajikan? Jawapannya sendiri makan, sendirilah yang menanggungnya.

Sebagai umat Islam, kita perlulah mengambil berat terhadap pemakanan kita. Hal ini bermaksud kita bukan sahaja perlu menitikberatkan apa yang kita makan tetapi juga bagaimana cara penyediaan makanan tersebut dilakukan. Makanan yang dimakan akan menjadi darah daging kita. Jika kita makan makanan yang tidak halal dan juga yang bersifat syubahah maka secara tidak langsung mampu mempengaruhi jiwa dan perlakuan kita.

Jika kita renung kembali tentang perkara-perkara yang terjadi kini. Kebanyakan kes-kes maksiat, gejala sosial, dan sebagainya dilakukan orang-orang Islam sendiri. Mereka bagaikan telah bertuhankan hawa nafsu dan syaitan. Mengapa semua ini terjadi? Mungkin salah satu sebabnya adalah kerana faktor pemakanan. Apabila kita mula mengambil makanan yang tidak halal maka ia telah menjadi darah daging kita dan menyebabkan kita menjadi malas untuk melakukan ibadah, banyak melakukan maksiat dan sebagainya. Ia juga mampu membantutkan pertumbuhan spiritual yang menyebabkan seseorang itu susah untuk menghafal dan tidak minat untuk mempelajari ilmu terutamanya ayat-ayat suci Al-Quran. Jika hal ini berlarutan maka amat payah untuk kita melahirkan seseorang yang seimbang dunia dan akhirat.

Pihak kerajaan melalui jabatan agama Islam di setiap negeri telah mengadakan serbuan di restauran-restauran yang diragui statusnya. Mereka telah membuat serbuan bagi memeriksa cara penyediaan makanan dan sumber setiap bahan mentah itu diperolehi. Mereka juga telah mengeluarkan senarai restauran atau kopitiam yang tidak halal. Maka, kini tibalah pula pada tanggungjawab kita sebagai pengguna. Apabila telah dinyatakan bahawa sesebuah restauran itu tidak halal maka janganlah kita memasukinya lagi. Walau bagaimanapun masih terdapat  segelintir masyarakat beragama Islam yang degil dan tidak mahu mengikut apa yang telah diarahkan. Mereka tetap menjadikan restauran dan kopitiam ini sebagai tempat makan mereka. Oleh itu jika terjadi sesuatu yang tidak diingini seperti penemuan makanan yang tidak halal dalam sajian mereka maka janganlah pula menyalahkan jabatan agama Islam yang tidak menjalankan tugas.

Sebagai umat Islam, kita perlulah mengambil berat soal makan dan minum kita seharian. Makanan yang kita makan bukan hanya sebagai pemberi tenaga fizikal bahkan juga untuk peningkatan mental. Oleh itu, marilah kita sama-sama berazam untuk mengubah cara pemakanan kita supaya apa yang kita makan lebih diberkati dan dapat menjadikan kita lebih sihat dan mampu melakukan tugas dan tanggungjawab seharian dengan lebih baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: