MEDIA : ANTARA PERSEPSI DAN REALITI

By: nishashah

Aug 04 2010

Category: Uncategorized

Leave a comment

Media di Malaysia adalah antara yang masih dikawal kebebasanya. Berdasarkan pada Indeks Kebebasan Akhbar 2008, Malaysia berada pada tahap 132 daripada 173 negara. Rating ini disediakan oleh Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpengkalan di Paris, Perancis. RSF ini telah diberi kepercayaan untuk memantau kebebasan akhbara di seluruh dunia sejak tahun 1985. Kawalan media ini berdasarkan pada wartawan di larang untuk melaporkan sebarang berita buruk tentang pemerintah, kerabat diraja mahupun kaum kerabatnya. Setiap akhbar perlu mengikuti setiap polisi yang telah ditetapkan oleh syarikat masing-masing yang pastinya dikuasai oleh pihak kerajaan mahupun sebaliknya.

Mengapakah perlunya kawalan terhadap media? Media merupakan salah satu sumber masyarakat untuk mendapatkan maklumat.  Menurut teori liberal, akhbar yang merupakan salah satu dari cabangan media mempunyai empat fungsi yang utama iaitu menyampaikan maklumat kepada masyarakat, memantau kerajaan, mendorong debat umum dan menyalurkan pendapat umum. Walau bagaimanapun dalam menyalurkan pendapat umum pihak yang berwajib masih harus untuk menapis setiap kenyataan mahupun buah idea demi menjaga kestabilan dan ketenteraman masyarakat seluruhnya.

Jadi, adakah perlu bagi media untuk menyembunyikan fakta sebenar hanya kerana mahu menjaga maruah atau ketenteraman masyarakat dan membiarkan mereka memberi persepsi masing-masing tentang sesuatu perkara ataupun memberi penjelasan sedalam-dalammnya berkenaan dengan sesuatu isu? Memberi kenyataan dan fakta kepada masyarakat umum ibarat menarik rambut di dalam tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Hal ini kerana walaupun masyarakat Malaysia sering menyatakan bahawa media harus bersikap telus dan terbuka, namun perlu ditimbulkan di sini bahawa adakah mereka bersedia untuk menerima keterbukaan ini. Janganlah asyik melaungkan-laungkan sesuatu yang pada akhirnya kita masih lagi tidak mampu menerima hakikat sebenarnya.

Media di Malaysia seharusnya terlebih dahulu membawa masyarakat ke alam realiti yang sebenar. Mereka sebagai penyalur sumber maklumat seharusnya mengetahui bahawa minda masyarakat Malaysia masih tertutup. Mereka perlu membuka tahap penerimaan rakyat terhadap isu-isu sensitif terutamanya apabila bercakap tentang soal politik dan perkauman. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa apabila media terlalu lantang bersuara maka peristiwa hitam 13 Mei mungkin akan berulang.

Persepsi bahawa media di Malaysia perlu lebih terbuka haruslah difikirkan semula. Kita jangan hanya bercakap berlandaskan nafsu semata-mata tetapi perlu menilai baik buruk sesuatu keadaan. Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri sahaja. Mungkin pada seseorang individu itu, perkara tersebut dapat memberi kebaikan tetapi bagaimana pula dengan individu yang lain. Adakah kita pasti yang mereka juga akan berpuas hati dengan setiap fakta dan kenyataan yang diberikan. Kita perlu sedar yang rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Kawalan pada media dalam menyampaikan sesuatu perkara amatlah penting bagi menjamin kestabilan dan ketenteraman sosial.

Realiti masyarakat Malaysia pula seakan-akan ingin mencontohi orang-orang dari Barat. Sedangkan mereka tahu bahawa fahaman dan ideologi masyarakat Malaysia amat berbeza dari Barat. Apabila masyarakat Barat mengagung-agung keterbukaan dalam media maka rakyat di Malaysia juga bagaikan cacing kepenasan. Mereka juga melaung-laungkan tentang kebebasan bersuara dalam media. Namun adakah mereka berfikir bahawa sudahkah mereka bersedia untuk menerima keterbukaan ini? Keterbukaan ini mungkin akan menjejaskan maruah seseorang, bangsa dan juga negara. Jadi apabila bercakap tentang soal keterbukaan maka banyak perkara yang harus dititikberatkan. Hal ini kerana, jika melibatkan maruah, seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja walaupun berbunuhan.

Oleh itu, hakikatnya rakyat Malaysia perlu sedar dalam membicarakan hal-hal berkenaan dengan kebebasan bersuara, segala hal perlu di ambil kira. Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri semata-mata. Setiap apa yang dilakukan pastinya akan memberi impak kepada individu lain. Ternyata dalam mengejar kemajuan, kita masih perlu menitik-beratkan soal perasaan individu lain. Semoga negara kita akan kekal maju dan sejahtera selamanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: