MENGAPA BERSEDIH????

By: nishashah

Aug 02 2010

Category: Uncategorized

Leave a comment

Jika ditanya pada anak kecil,mengapa kamu bersedih..pastinya dia akan menjawab,”saya tak dapat apa yang saya inginkan..” Kehampaan kerana tidak memperolehi sesuatu seringkali menyebabkan kita bersedih. Namun pernahkah kita bersedih kerana memikirkan apa yang kita ada…Sudah pastinya TIDAK…Manusia sering melihat apa yang berada pada tangan orang lain..Mereka mencemburuinya..Namun mereka sendiri tidak sedar bahawa apa yang berada di tangannya adalah yang terbaik yang telah diakdirkan untuknya..

Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang ada bersama kita..Mungkin kita tidak sedar yang orang lain cemburu dengan apa yang ada pada kita..Bagi kita apa yang berada bersama kita tidak berguna dan bermakna tapi bagi orang yang melihat, kita telah diberi nikmat yang mereka tidak perolehi.. Namun kita perlu sedar kita tidak mampu memiliki segalanya pada masa yang sama. Mungkin ada kala, kita terlalu mewah dengan wang ringgit namun ketandusan kasih sayang. Dan ada ketika pula kita “terlena” dibuai dengan belaian namun dihantui dengan bebanan hutang..Tatkala situasi sebegini terjadi apa yang harus kita lakukan??? Perlukah kita salahkan takdir yang menimpa diri??

Allah tidak akan menguji seseorang hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu dia hadapi..Jadi apabila berlaku sesuatu perkara, pasti ada hikmahnya..Kita tidak akan merasa kemanisan buah rambutan sebelum dikupas kulitnya..Begitu jua dengan hidup ini..Hidup tanpa cubaan ibarat kisah yang membosankan. Cabaran dan dugaan dalam hidup memberi corak warna-warni untuk sebuah kehidupan yang lebih bermakna…

Tabahlah mengharungi cabaran kerana ia akan mematangkan fikiran..Kita tidak tahu bagaimana sakitnya jari yang terluka dihiris belati jika kita sendiri tidak mengalaminya..apabila kita sudah merasainya sendiri maka kita akan lebih berhati-hati di masa hadapan..Begitu jugalah dengan kehidupan..Anggaplah segala yang hadir sebagai satu nikmat dan anugerah..Belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang ada nescaya diri akan tenang dan redha dalam menempuhi hari yang mendatang..Wallahualam….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: