REMAJA..REMAJA..REMAJA…

By: nishashah

Jul 24 2010

Category: Uncategorized

Leave a comment

Saban hari kita melihat kes keruntuhan moral di kalangan remaja terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam semakin meningkat. Walaupun telah diadakan pelbagai kempen dan saranan yang berfokuskan untuk menyedarkan remaja bahawa mereka merupakan pemimpin dan aset negara pada masa hadapan dan sewajarnya mereka mempunyai nilai moral yang tinggi, namun semuanya bagaikan seperti mencurah air ke daun keladi. Kes-kes jenayah seperti pembuangan bayi, lari dari rumah, seks luar nikah dan sebagainya dilihat kian meruncing walaupun pelbagai pihak, antaranya pihak kerajaan dan NGO telah melaksanakan pelbagai program dalam mencari penyelesaian terhadap masalah ini. Pihak media yang melaporkan setiap kejadian tersebut dilihat sebagai penjana idea kepada penjenayah-penjenayah untuk teruskan melakukan “dosa” dengan cara yang tidak pernah terlintas difikiran waras.

Benarlah kata-kata bahawa; dalam dunia haiwan tiada manusia tetapi dalam dunia manusia ada haiwan. Kekejaman yang dilakukan oleh manusia kini menunjukkan bahawa mereka lebih mementingkan nafsu semata-mata. Walaupun semasa di sekolah, pelajar-pelajar telah dibekalkan dengan ilmu agama dan moral yang dipelajari sebagai salah satu subjek wajib, namun segalanya bagaikan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Mereka hanya menjadikan subjek agama dan moral sebagai sesuatu yang dipelajari untuk peperiksaan dan bukannya untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Walaupun dikatakan bahawa kekurangan kasih sayang dan perhatian merupakan penyebab kepada remaja untuk melakukan jenayah, namun pada hakikatnya semua yang berlaku adalah dengan kehendak diri remaja itu sendiri. Kadang kala kita dapat lihat seseorang remaja itu mendapat kasih sayang dan perhatian serta kewangan yang mencukupi daripada kedua ibu bapanya namun dia masih terlibat dengan masalah sosial. Hal ini berlaku atas alasan bahawa jiwa muda yang selalu ingin mencuba sesuatu yang baru. Oleh itu, ternyatalah bahawa semua yang  berlaku adalah dengan kehendak diri sendiri walaupun tidak dinafikan bahawa terdapat kes yang melibatkan keterpaksaan remaja untuk melakukan jenayah.

Oleh itu, ternyatalah bahawa semua pihak perlu memikirkan sesuatu di luar kotak pemikiran dalam mencari penyelesaian terhadap masalah yang membelenggu kini. Remaja yang merupakan pemimpin masa depan perlu sedar bahawa mereka tidak sewajarnya memilih untuk mengejar keseronokan duniawi semata-mata tetapi harusnya berfikir bahawa dunia kian tua dan masa untuk menginsafi diri kian suntuk. Jika mereka masih dibuai mimpi maka dunia masa depan akan gelap dan musnah di tangan mereka sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: