ISU RASUAH DI MALAYSIA

By: nishashah

Oct 08 2010

Category: Uncategorized

Leave a comment

Isu rasuah merupakan antara yang paling hangat diperkatakan di seluruh dunia dan negara Malaysia tidak terkecuali. Pada tahun 2009, Malaysia telah jatuh sembilan tangga ke bawah. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Transparency International, kedudukan terkini Malaysia adalah di tangga ke 56 berbanding 180 negara di dunia. Pencapaian indek rasuah pula adalah 4.5 daripada 10, iaitu 10 adalah yang paling korup. Tiga negara paling “bersih” di dunia adalah New Zealand, Denmark dan Singapura.

Sebuah badan telah ditubuhkan bagi memikul tanggungjawab berkenaan dengan kes-kes rasuah ini. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) berperanan membantu kerajaan dalam menyelesaikan kes-kes rasuah. Mereka akan menyisat kes-kes ini tanpa mengira status, fahaman politik mahupun agama dan keturunan. Walau bagaimanapun kini terdapat persoalan berkenaan dengan cara penyiasatan mereka yang dikatakan berat sebelah dan tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Hal ini menjadi lebih berat dengan kes kematian Teoh Beng. Dikatakan bahawa SPRM mempunyai kaitan dengan kes kematian pembantu Exco Selangor ini. Terdapat pelbagai spekulasi yang dikeluarkan berkenaan dengan kes ini. Walau bagaimanapun ia telah diambil alih oleh pihak polis.

Kes rasuah mempunyai banyak impak negatif terutamanya dalam soal ekonomi sesebuah negara. Hal ini kerana apabila sesuatu negara itu terlibat dalam kes rasuah maka secara tidak langsung mampu mengurangkan bilangan pelabur-pelabur luar negara. Mereka sudah pasti tidak akan melabur di negara yang mengamalkan acara rasuah dalam urusan ekonomi. Maka sudah pastinya ekonomi negara tidak dapat berkembang dan akan merosot disebabkan oleh amalan rasuah ini.

Selain itu juga kes rasuah  menyebabkan kestabilan sosial tidak dapat dikekalkan. Golongan yang kaya akan menjadi lebih kaya manakala yang miskin akan menjadi lebih miskin. Tambahan pula dengan amalan rasuah ini menyebabkan keuntungan ekonomi tidak dapat dibahagikan sama rata. Projek-projek yang melibatkan keuntungan besar hanya diberikan kepada golongan tertentu sahaja. Ternyata hal ini memberi kesan yang mendalam jika tidak diberi penekanan yang serius terhadapnya.

Berbalik kepada karikatur di atas, kebanyakan pemimpin menyatakan bahawa mereka tidak akan lagi mengamalkan amalan rasuah ini. Namun, apakah ia benar-benar akan dipraktikkan atau sekadar hanya perbualan di bibir sahaja. Sewajarnya, mereka sebagai pemimpin masyarakat haruslah menunjukkan sikap dan contoh yang baik agar dapat diteladani oleh rakyat umumnya. Mereka juga dianggap sebagai “public figure” haruslah sentiasa melakukan perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

Kesimpulannya, kes rasuah ini seharusnya dielakkan bagi menjaga kestabilan negara demi kepentingan semua rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: